July 5, 2009

A poem from my sis (written 23 years ago)

this poem was written by my sis when i was 3 years old

Anak Kecil Itu Apakah Sebenarnya Dia Tahu

Lebih baik kau tidur saja Mutia
Bermimpi dan bernyanyi dalam tidurmu
Dan pagi nanti bangunlah dengan senyum
Berlari dan tertawa
Bahawa kau masih terlalu kecil untuk memijak duri dan api
yang tersedia di depan matamu
Biarkan duri itu ku cabut dan api itu ku padamkan
Agar kau nanti tidak akan terpijak duri dan terhangus oleh api

Mutia...
besar nanti
Berlarilah kau untuk memetik bintang
Mendakilah kau untuk mencapai bulan
Kerana ketika kau besar nanti
manusia akan semakin kehilangan kemanusiannya

Mutia..
Barangkali kau tidak pernah jemu melihat aku
Kerana kau belum mengerti
Kau belum tahu
Apa yang manusia sanjung
dan apa yang manusia pijak
Akulah manusia yang gagal
memetik bintang
Akulah manusia yang kecundang mencapai awan
lantas aku dibuang

Mutia...
Aku tidak mahu suatu hari nanti
kau kembali menyambung
catatan lukaku
Kerana ku tahu
kau tidak akan memiliki
sebuah ketabahan yang sedang
ku miliki kini

Mutia..
Tidurlah sayang
Esok nanti bangunlah dengan senyum
Bahawa air mata ku ini
adalah untuk membasuh luka mu
di hari esok

Januari 1986

and now she is a successful career woman in teaching world
May Allah swt bring her and family happiness now and the hereafter
amin

7 comments:

miss pumpkin (reen) said...

nice one.
=)

keep in touch , cik ann

JMR said...

so sweet...:_0

daniadanis said...

wow..the best ever!

roshanilawatey said...

Masa ni KNor sorang saja kakak yang masih di rumah tolong mama jaga adik-adik (Kakak & Ya - Kak Ju dah di sekolah menengah).

Kak La sedang practicle di KL dan sudahpun berkeluarga. Kak Ros sudah tamat belajar di MPKB dan posting di luar daerah KB.

KNor memang berbakat & kreatif dalam bidangnya...

elyna griffin said...

aww..so touching dear :) it's a really beautiful one :)

wani said...

touchingnyer..
klu i jd u mst i sebak tau..

Anggerek said...

yups frens...this is so touching...huhuhuh